KONTEST Earth We Care, We Love You!

10 03 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca…

Jalan-jalan dari blog ke blog tadi aku terjumpa lagi satu kontest yang agak menarik dan agak sesuai dengan jiwaku sebagai pencinta alam ni. Korang nak tau kontest ape tu? Ni dia…

EARTH WE CARE, WE LOVE YOU CONTEST yang di anjurkan oleh blog SEINDAH DUNIA KITA.

Cara nak masok kontest ni korang cuma ambil satu gambar tentang Unsur-unsur alam iaitu air, tanah, api dan udara beserta caption untuk gambar tu. Untuk maklumat lanjut tentang kontest ni korang singgah ler ke blog Seindah Dunia Kita ni.

Okay, Tanpa membuang ayat. Ni aku nak tunjok gambar aku untuk kontest ni. Gambar ni sebenarnya dah lama. Gambar ni adalah original daripada aku sendiri yang di ambil oleh kawan america ku ketika kitorang bermalam di hutang Gunong Santubong, Kuching, Sarawak.  Saksikanla Keindahan gambar ni…

Korang nampak tak aku bersedia untuk terjun kat atas air terjun tu? Bukak mata besar-besar, susah nak nampak sebab aku pakai camouflage trunk… Kekeke…

Ni la antara air terjun yang ada dekat Gunong Santubong. Dekat jer tempat aku berdiri tu dikatakan ada telaga tempat Tuan Puteri bersiram.  Kat Lubang telaga tu, Kawan america aku sorang je yang boleh menyelam sampai ke dasar telaga tu yang dalam nya di anggarkan sedalam 30 kaki. Sungguh dalam kan?

So, ini jelah yang aku nak kongsi dengan korang bersempena kontest Earth We Care, We Love You! Ramai-ramai ler kita join kontest ni sesambil share gambar tentang alam sekitar yang kita ada. Sekian, trima kasih.

Nak join? silalah ke LINK ini.

Advertisements




Kontest Bola Oh Bola

9 03 2010

Aku rasa untuk blog ni baik aku join jer seberapa banyak kontest yang boleh. So, untuk kontest kali ini adalah kontest bola oh bola yang di anjurkan oleh mietos

Senang jer kontest ni, bab teka meneka ni aku memang dah mahir. Korang teka jer kat mana bola dalam gambar ni berada sepatutnya.

Aku rasa la, bola tu berada kat B atau F. Bukan Blue Filem tau. Hehehe…

So, Korang jangan tak join… Join ler skali…  Dua tiga kali pun boleh… Join kat sini yer… Tarikh tutup 15  mac 2010 ni… Cepat join jangan terlambat… Daa~~





Kontest Isi Dialog Kartun

5 03 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca…

Korang nampak tak Kartun kat bawah ni. Kat Blog aku yang berbahasa Sarawak To Live And Die In Sarawak tengah buat kontest buat dialog Kartun ni dengan kreatif dan lawak skali. Pemenangnya akan dikira bedasarkan sape yang dapat membuat aku gelak sampai kering gusi.

Kontest ni just untuk suka-suka tapi tetap ada hadiah untuk kontest ni dan hadiah yang cuma dapat ku bagi ialah  review blog korang kat blog To Live And Die In Sarawak tu. Cukuplahkan? At least korang dapat tengok macam mana blog korang di review dalam bahasa Sarawak. Aku newbie lagi kat blogosfera ni. Lom mampu nak bagi hadiah yang best-best. Hehee..

Korang tengok Kartun ni dulu…

Dah ada idea? Okay, cara-cara nak masok kontest ni senang jer. Korang buat dialog untuk kartun di atas dan letakkan dekat komen di bawah post ini. Kalau rajin korang editlah kartun ni dan letak kat post korang dan linkkan post kontest tersebut ke post ini. Nama tajuk post tersebut hendaklah KONTEST ISI DIALOG KARTUN

Tarikh tutup sampai hari Ahad ni jer 7 Mac 2010 dan pemenangnya akan di umum pada 8 Mac 2010 di post terbaru blog ini pada hari tersebut. So apa tunggu lagi? join lah!

Contoh:

Ompuan: Ko Berak tadi dah flush jamban tak?…
laki: Aku dah flush ler…

Ompuan: Tipu! Apsal taik masih kat lobang jamban tu?

Laki: Taik aku ker taik kau tu??? cakap kita pulak….

Ompuan: Apsal ko ni!!! Taik sendiri pun tak ngaku ker!!!!





Gengblogger Tempat Post Bahan Lucah?

4 03 2010

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera kepada semua pembaca!

Senang betol la nak post benda Lucah kat Gengblogger ni. Diharap Admin Gengblogger dapat handle benda macam ni dengan lebih profesional lagi. Kalau dah sorang boleh buat, tak tau ler esok-esok makin banyak gambar lucah muncul kat gengblogger ni. Tak mustahil kan?

Gambar Pelir kat GengbloggerMinta perhatian Admin Gengblogger diharap benda macam ni tak timbul dekat Gengblogger lagi. Kalau boleh tolong tapiskan blogger yang join Gengblogger ni supaya takde unsur-unsur lucah di Gengblogger ni lagi. Trima Kasih.





Tulis & Menang ariffshah.com

4 03 2010

Contest Tulis dan Menang

Kontest Tulis dan Menang adalah anjuran bersama sitikus.comorange4k.comariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.commrs.kay.my &myliriklagu.com.

Sudah ke korang melihat banner di atas? Sekarang ariffshah.com tengah mengadakan kontest & menang ariffshah.com. Contest ni senang je nak masok bagi siapa-siapa yang dah tak ada idea nak blog pasal apa macam aku ni. Masa ni la yang sesuai untuk korang masok contest dan asahkan lagi teknik penulisan korang.

Korang mesti nak tau apa yang nak di tulis untuk contest ini kan? Senang aje, Korang cuma perlu menceritakan tentang blog korang ataupun blog kegemaran korang dan apakah keistimewaan blog korang ataupun blog kegemaran anda tersebut.

Di sini aku pulak nak menceritakan lah serba sedikit tentang satu blog yang berbahasa Sarawak ni iaitu blog To Live And Die in Sarawak yang di tulis oleh saudara Hajib iaitu aku sendiri. Hehehe…

To Live And Die in Sarawak

Blog ini memang aku buat dalam bahasa Sarawak sebab aku tau memang ada pembacanya yang tersendiri. Blog ni setiap hari akan ku ping kan ke Gengblogger jadi ada jugak ler rakan-rakan dari semenanjung yang singgah ke blog ni. Memang diorang takkan paham apa yang aku tulis tapi atleast diorang dapat membiasakan diri melihat dan membaca Bahasa Sarawak.

Blog To Live And Die in Sarawak ni pun setiap entrinya mempunyai gambar dan kadang-kadang aku buat VLog untuk tatapan korang.  Kalau tak paham nak baca pun atleast dapat mentafsir apa yang ku tulis dari gambar-gambar yang aku letak di setiap post.

Kalau dilihat pada Pengkomen Teraktif di blog tersebut, sudah ada Pengkomen-pengkomen yang setia bersama blog tersebut. Oleh sebab itu, tak ada alasan lagi untuk aku tiada masa untuk post artikel ke blog tersebut.

Bilangan follower blog tersebut ialah sebanyak 63 orang semenjak ianya beroperasi selama 2 bulan lebih. Bilangan ini memang agak di luar jangkaan kerana baru sahaja beroperasi selama 2 bulan sudah mendapat follower seramai ini dan ini tandanya memang ada di luar sana yang menyokong aku membuat blog dalam bahasa Sarawak.

Stakat ini sahaja ulasan aku mengenai blog tersebut dan di harap korang kalau ada masa singgah-singgah ler ke blog tersebut dan tidak lupa jangan lupa untuk menyertai Contest Tulis & Menang ariffshah.com ini.





Menjelajah Blogosfera Bersama WordPress

3 03 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.

Semakin hari aku menjelajah WordPress dengan lebih mendalam semakin aku kagum dan minat dengan function-function yang ada pada WordPress ni. Walaupun blog aku masih banyak lagi limitation pada WordPress ni disebabkan aku masih lagi menggunakan yang free WordPress host blog. Tapi ianya sudah cukup untuk menambat hati aku untuk terus bersama WordPress.Wordpress Blogosphere

Aku akan terus menjelajah dan sentiasa belajar tentang-tentang function baru yang aku tak pernah jumpa pada Blogger.com sebelum ini. Oleh sebab minat aku semakin mendalam bersama WordPress ni, aku telah mencipta satu Tagline baru untuk blog aku ini iaitu;

Menjelajah Blogosfera Bersama WordPress

Tagline ini memang menerangkan tentang apa yang akan ku tulis di blog aku ni. Blogosfera ialah perkataan Sepanyol yang bermaksud Blogosphere di dalam Bahasa Inggeris di mana aku akan terus berblogging dan berblogwalking selagi adanya dunia internet ni disamping memahirkan diri menggunakan WordPress.

Ku harap sesiapa yang sudah mengesan kehadiran blog aku ni akan terus mengikuti perkembangan dan perubahan-perubahan yang akan berlaku pada blog aku ni dari masa ke semasa. Blogging Rocks The World!





Si Melayu Yang Bodoh

2 03 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca…

Gambar dibawah ni aku colek dari budak-budak yang post gambar ni dekat Facebook. Lama dah gambar ni sebenarnya. Semenjak dua menjak ni memang banyak isu sensitif yang timbul dekat facebook gara-gara budak bodoh yang tak tau guna teknologi ni dengan cermat. Diorang sebarang je cakap macam diorang tu untouchable tapi bila dah kena terjah, print screen dan disebarkan kepada umum dialog meraka, time tu baru nak menggelabah.

Korang tengokla bualan si bodoh Tasyrif Tajudin ni dengan selamba jer posting-posting kat facebook kononnya dia yang buat bom untuk bakar gereja. Aku ada pesanan untuk si melayu yang bodoh Tasyrif Tajudin ni.

‘Hey Tasyrif, dan orang-orang yang sama kepala bodoh macam kau ni, Kau tak kesian ke dengan saudara se-Islam ko kat Sarawak ni, Ko tau tak yang kitorang yang beragama Islam dekat Sarawak ni hanyalah golongan minoriti? Kitorang dekat sini betul-betul takut kalau isu sensitif macam ni timbul. Ko paham tak? Kalau tak paham ko bacalah artikel TRAGEDI AMBON yang berlaku kat Indonesia tak lama dulu ni.’

Itulah pesanan ku kepada si Melayu bodoh yang bernama Tasyrif ni dan orang-orang yang sama kepala bodoh macam dia.