Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H

26 02 2010

Hari ini genap 12 Rabiul Awal 1431H hari keputeraan Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang jatuh pada 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571M.

Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Sarawak di anjurkan di bahagian Sri Aman. Aku rasa semasa aku tengah aku buat entri ni,  Muslimin dan muslimah dekat Sri Aman sedang sibuk berarak  membawa sepanduk sambil berselawat ke atas Nabi. Teringat ku zaman skolah dahulu, Kalau perarakan Maulidur Rasul dianjurkan di kuching,  sekolah aku akan menghantar student yang beragama Islam nya pergi berarak. Lama dah ku tak berarak  sambil berselawat ke atas Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.

Walaupun tak dapat nak join aktiviti berarak, aku ada cara tersendiri menyambut Maulidur Rasul. Sehari-harian selagi aku online hari ni aku akan baca la post-post  pasal Maulidur Rasul, artikel kisah-kisah Nabi disamping mendengar lagu-lagu selawat ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم di youtube.

Oleh yang demikian, jom kita sama-sama menyanyikan lagu Cahaya Selawat yang dinyanyikan oleh Raihan  bersama-sama.

Dan sentiasalah kita berselawat ke atas nabi…

اللهم صل على سيدنا محمد بعدد من صلى عليه وصل على سيدنا محمد بعدد من لم يصل عليه وصل على سيدنا محمد كما تحب ان يصلى عليه وصل على سيدنا محمد كما امرت ان يصلى عليه

“Ya Allah, kurniakanlah selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebanyak bilangan orang yang tidak berselawat kepadanya dan tambahkanlah selawat kepada junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana Engkau suka dibacakan selawat untuknya dan tambahkanlah selawat untuk junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang telah Engkau perintahkan”

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: