Import Posts Dari Blogger ke WordPress

1 03 2010

Aku baru je berpindah dari Blogger.com kepada WordPress. Oleh sebab aku tak nak entri-entri aku yang lama kat blogspot tu hilang dan dibuang begitu saja dekat Blogger. Jadi aku import la semua content dan komen ke blog WordPress baru aku ni.

Senang jer nak import semua content dari Blogger ke WordPress. Tutorial yang aku nak beri ni pun cuma bedasarkan pengalaman aku import content aku dari blogger ke wordpress. Korang ikut jer la step-step mudah ni. Sebelum tu, pastikan Korang dah register blog kat wordpress seblom buat step-step ini.

1-> Log in ke wordpress.com

2->Dekat Dashboard, pegi ke [tools] dan klik import.

3->Pilih import post from Blogger.

4->Authorized kan import from Blogger

5->Grant Access ke Blogger.com

6->Dekat Magic Button tu, press ler Import

Note: Kalau progress import tu stuck, Klik reset the importer dan cuba import balik.

7->Akhir sekali, Tunggu progress import siap secara automatik.

Setelah siap, pegi ke Edit Post dan semua entri yang diimport sudah berada dekat post WordPress korang. Bolehlah delete blog Blogger tu kalau dah tak nak simpan lagi dan teruskan berblogging bersama WordPress!

Advertisements