Menjelajah Blogosfera Bersama WordPress

3 03 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.

Semakin hari aku menjelajah WordPress dengan lebih mendalam semakin aku kagum dan minat dengan function-function yang ada pada WordPress ni. Walaupun blog aku masih banyak lagi limitation pada WordPress ni disebabkan aku masih lagi menggunakan yang free WordPress host blog. Tapi ianya sudah cukup untuk menambat hati aku untuk terus bersama WordPress.Wordpress Blogosphere

Aku akan terus menjelajah dan sentiasa belajar tentang-tentang function baru yang aku tak pernah jumpa pada Blogger.com sebelum ini. Oleh sebab minat aku semakin mendalam bersama WordPress ni, aku telah mencipta satu Tagline baru untuk blog aku ini iaitu;

Menjelajah Blogosfera Bersama WordPress

Tagline ini memang menerangkan tentang apa yang akan ku tulis di blog aku ni. Blogosfera ialah perkataan Sepanyol yang bermaksud Blogosphere di dalam Bahasa Inggeris di mana aku akan terus berblogging dan berblogwalking selagi adanya dunia internet ni disamping memahirkan diri menggunakan WordPress.

Ku harap sesiapa yang sudah mengesan kehadiran blog aku ni akan terus mengikuti perkembangan dan perubahan-perubahan yang akan berlaku pada blog aku ni dari masa ke semasa. Blogging Rocks The World!

Advertisements




WordPress Beginner

1 03 2010

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca…
Wordpress Logo Sememangnya aku dah agak lama register dengan wordpress ni semenjak september 2008 tapi aku cuma register dan letak satu post then tetap juga berblog guna blogger.com. Baru sekarang aku rasa nak konsentret berblog guna wordpress ni sebab aku semakin hari semakin terpikat tengok blog-blog yang guna wordpress. Macam best jer.

Kalau ikut kata-kata blogger otai, kalau nak jadi blogger sejati, kenalah bertukar kepada wordpress. Banyak function dekat wordpress yang takde dekat blogger.com dan yang paling di tekan oleh otai-otai blogger, WordPress lebih mudah untuk buat SEO (Search Engine Optimization) berbanding Blogger.com

Oleh sebab aku masih baru dalam bidang wordpress ni jadi aku tak tergesa-gesa la nak beri pendapat aku sendiri tentang wordpress ni. Aku akan terus explore dengan lebih mendalam lagi tentang wordpress ni dan insyaAllah akan ku kongsi bersama Ilmu dan pengetahuan yang aku dah belajar dengan wordpress ni. Sharing is Caring rite?